Selasa, 1 Disember 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015

      17 Nov 2015 - SK Pulau Redang telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk memberi penghargaan dan galakan kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh En. Roki Bin Ami, Yang Dipertua PIBG SK Pulau Redang. Pada majlis ini juga telah diumumkan keputusan Peperiksaan UPSR 2015. Seramai seorang telah mendapat 5A, 2 orang mendapat 4A1B dan 2 orang mendapat 3A2B. Pelajar yang mendapat 5A ialah Nurimah Najalah Bt. Baharuddin,  pelajar yang mendapat 4A1B ialah Putri Hanis Anisya Bt. Mohd Harith Asraf Robert dan Siti Norasyikin Bt. Mat Adek manakala yang mendapat 3A2B ialah Nur zulhijatul Balqis Bt. Akhbar dan Nurul Alieya Sofea Bt. Amra. Tahniah kepada mereka.












 Penyampaian Hadiah oleh YDP PIBG




Persembahan Pelajar


 En.Rosli Bin Abd Razak menyempaikan cenderahati
kepada YDP PIBG En.Roki Bin Ami


Adik Nurimah Najlah Bt. Baharuddin 
Pelajar yang mendapat 5A dalam Peperiksaan UPSR 
bergambar bersama-sama ibunya

Ahad, 15 November 2015

Perhimpunan Mingguan Terakhir Sesi Persekolahan 2015

      15 Nov- Hari ini merupakan perhimpunan mingguan terakhir bagi sesi persekolahan 2015. Dalam ucapan En. Rosli Bin Abdul Razak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, telah menyampaikan beberapa pesanan kepada para pelajar agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang cuti persekolahan terutamanya dimusim tengkujuh yang sudah pun bermula. Beliau juga berharap agar para pelajar tidak melupakan akan pelajaran dengan membuat latihan dan ulangkaji. Di samping itu, beliau juga mengingatkan para pelajar supaya tidak merayau-rayau di kawasan sekolah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

      Pada perhimpunan ini juga telah diadakan acara penyampaian hadiah bagi Program Nilam, Pertandingan Kelas Idaman dan juga hadiah bagi beberapa pertandingan sempena pasca UPSR.



Penyampaian Hadiah Nilam








Penyampaian Hadiah Kelas Idaman Dan Kelas Terbersih





Penyampaian Hadiah Pasca UPSR










Khamis, 12 November 2015

Kursus Pengurusan Jenazah

      11 Nov- Panitia Pendidikan Islam SKPR telah mengadakan kursus pengurusan jenazah kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Kursus ini turut disertai oleh ibubapa pelajar. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ust. Zainuddin Bin Ariffin, manakala penceramahnya adalah En.Abu Bakar Bin Awang, imam masjid Kampung Pulau Redang dan Pn. Siti Safiah Bt. Ismail, Ketua Wanita UMNO Kg. Pulau Redang.













Rabu, 11 November 2015

Kunjungan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

     "Memperkasakan Transformasi Pendidikan" itulah antara yang disentuh oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Tn. Hj. Jelani Bin Sulung dalam pertemuan ringkas bersama-sama warga SKPR semalam. Beliau menjelaskan bahawa fokus utama MTP adalah usaha untuk menyokong dan menjayakan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Kebangsaan.

      Melalui MTP ini, 6 fokus utama telah digariskan dalam menentukan hala tuju pendidikan Negeri Terengganu. 6 fokus utama tersebut ialah :

      * Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran
      * Transformasi Kemenjadian Murid
      * Transformasi Guru
      * Transformasi Pengetua dan Guru Besar
      * Transformasi Sekolah
      * Transformasi JPNT/PPD

      Sehubungan dengan itu, beliau berharap warga SKPR dapat turut sama bersama-sama beliau dalam mengaplikasikan TPM ini.

      Sempena kunjungan beliau, satu majlis solat hajat telah diadakan di kuarters guru. Majlis ini turut melibatkan orang kampung dan juga badan-badan masyarakat Pulau Redang.















Isnin, 9 November 2015

Hari Keusahawanan

       9 November- Sempena program Pasca UPSR, satu aktiviti yang dinamakan Hari Keusahawanan telah diadakan di Dewan Flora SKPR. Aktiviti ini disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6. Mereka mengadakan pelbagai jenis jualan makanan dan minuman. Barang jualan dan gerai-gerai adalah hasil kreativiti pelajar sendiri.

       Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan kemahiran keusahawanan kepada para pelajar. Selain itu, ia juga dapat melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka pelajarai dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.