Kelab Seni

       Kelab Seni SKPR dengan kerjasama Wisana Village telah mengadakan aktiviti menghasilkan produk seni kraf untuk dipamerkan kepada para pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat seni kraf dari kalangan pelajar di samping dapat mendedahkan pelajar kepada penghasilan produk seni kraf untuk tujuan perniagaan. Hari ini, pihak Wisana Village telah menunjukkan beberapa hasil seni kraf yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar semasa program Art Camp yang diadakan pada bulan September yang lalu bertempat di Wisana Village, Pulau Redang.








Sebahagian Seni Kraf yang telah dihasilkan oleh pelajar





 Perbincangan mengenai perancangan aktiviti kelab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan