Isnin, 26 Oktober 2015

Forum Hijrah & Perubahan Minda

      25 Oktober 2015- Forum Hijrah & Perubahan Minda telah diadakan di Dewan Flora SK Pulau Redang. Forum ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dan diurusetiakan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan SK Pulau Redang. Forum berkonsepkan forum perdana ini melibatkan penduduk kampung dan guru-guru serta kakitangan SKPR. 

      Matlamat forum ini adalah mendekati masyarakat setempat melalui program berunsur dakwah bil hal. Di samping itu, ia juga sebagai menyahut seruan merakyatkan perkhidmatan awam melalui 'Pasang Telinga, Buka Mata' iaitu Jejak mesra Perkhidmatan Awam dengan mendekati rakyat secara pro-aktif.

      Ahli panel forum ini terdiri daripada Tn. Hj Zulkefli Bin Hamat dan Tn Hj Nor Azam Bin Abdullah dengan moderatornya Ust Wan Ahmad Hasbi Bin Wan Jusuh.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan