Jumaat, 23 Oktober 2015

Kejohanan Olahraga Kali Ke21

      Pada 20 dan 21 Oktober 2015, SKPR telah berjaya mengadakan kejohanan olehraga Kali yang ke 21. Pelbagai acara balapan dan padang telah diadakan. Acara sukaneka prasekolah dan ibubapa juga turut diadakan. Sudah menjadi tradisi di sini, orang kampung dan juga agensi luar turut membantu menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Antara agensi yang terlibat ialah Pasukan Jabatan Pertahanan Awam, Pasukan Rela, Pemuda, Puteri dan Kelinik Kesihatan Pulau Redang. Redang Irland Resort dan juga The Taras Resort and Spa juga turut membantu dengan menyediakan makan tengahari kepada para petugas. 

      Walaupun pada malam hari pertama, kejadian hujan lebat telah menyebabkan sebuah khemah runtuh dan padang digenangi air tetapi tidak mematahkan semangat warga SKPR meneruskan kejohanan ini hingga berjaya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga SKPR Kali yang ke 21.








Orang Kampung Dan Anggota JPAM Membina Khemah






Hujan lebat telah menyebabkan khemah runtuh dan padang
digenangi air













Tiada ulasan:

Catat Ulasan