Selasa, 5 April 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

       5 April - Pelancaran Program NILAM dan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan di SK Pulau Redang. Program ini merupakan program tahunan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetia oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, program ini juga bermatlamat untuk mengisi masa lapang pelajar dengan membaca serta mewujudkan budaya membaca setiap masa.

      Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Samsor Bin Sidek, Guru Besar SK Pulau Redang. Program ini diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 April.

     Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari program ini adalah tayangan vedio, persembahan deklamasi sajak, membaca serentak 10 minit, pertandingan spelling bee, pertandingan mewarna, teka berat buku, dan pertandingan cari perkataan tersembunyi.


Ucapan Perasmian Oleh Tn.Hj. Samsor Bin Sidek
Guru Besar










Gimik Pelancaran



Ucapan Guru Media Cik Nusahirah Bt Ghani







Membaca serentak 10 minit


Persembahan sajak


Pertandingan Spelling Bee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan