Isnin, 4 April 2016

Pertukaran Pentadbiran SK Pulau Redang

       3 MAC - Perubahan struktur pentadbiran SK Pulau Redang telah berlaku bermula 1 April 2016. Perubahan ini berlaku berikutan Penolong Kanan Pentadbiran, En.Rosli Bin Abdul Razak telah dilantik menjawat jawatan Guru Besar di SK Ladang, Kuala Terengganu.  Sehubungan dengan itu, GPK Hem, Cik Rozila Bt Ami telah dilantik ke jawatan GPK Pentadbiran. En.Azmi Bin Senik, GPK KoKurikulum telah dilantik ke jawatan PK Hem manakala GPK Ko Kurikulum telah disandang oleh En.Zulkiflie Bin Muda. 

        Penyerahan surat perlantikan GPK berkenaan telah dilakukan oleh Tn.Haji Samsor Bin Sidek, Guru Besar SK Pulau Redang sebagai mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

       Tahniah kepada diucapkan kepada En. Rosli Bin Abdul Razak, semoga beliau menjadi seorang pentadbir yang berwibawa dan berwawasan. Tahniah juga kepada semua GPK yang dilantik ke jawatan baharu semoga SK Pulau Redang lebih cemerlang dimasa-masa akan datang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan