Rabu, 3 Ogos 2016

PROGRAM SINGGAH SAYANG

       Kunjungan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Tuan Haji Che Soh Bin Muda ke SK Pulau Redang telah diadakan pada 2 Ogos 2016. Kehadiran beliau bersama tiga orang pegawai SISC+ Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Nerus merupakan kunjungan sulung beliau setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikam Daerah Kuala Nerus yang juga merupakan Pejabat Pendidikan Daerah yang baru. Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada 18 Julai 2016 yang lalu.

       Dalam ucapan beliau semasa perjumpaan bersama-sama guru-guru SK Pulau Redang, beliau merakamkan rasa terima kasih kepada guru-guru yang sanggup menerima tugas yang diarahkan oleh jabatan untuk berkhidmat di pulau walaupun terpaksa berjauhan dengan kluarga. Beliau juga berharap agar guru-guru menerima tugas yang diamanahkan dengan rela hati dan ikhlas.

      Di samping berjumpa dengan guru-guru, beliau juga telah berjumpa dengan para ibu bapa pelajar-pelajar Tahun 6. Manakala pegawai-pegawai SISC+ telah dengan suka rela mengajar pelajar-pelajar tahun 6 bagi mendedahkan beberapa tips untuk menjawab soalan dalam UPSR nanti.


 Ketibaan Tn. Hj. Che Soh Bin Muda(tengah) bersama pegawai SISC+
disambut oleh Guru Besar SKPR

 Meniknati jamuan di kantin sekolah sejurus tiba di sekolah


 Taklimat bersama-sama guru-guru SKPR




Pegawai SISC+ mengajar pelajar Tahun 6


 Perjumpaan dengan Ibu Bapa Pelajar Tahun6













Tiada ulasan:

Catat Ulasan