Ahad, 31 Julai 2016

KEM INSPIRASI UPSR YaPEIM 2016

        10 orang pelajar Tahun 6 SKPR telah dihantar untuk mengikuti Kem Inspirasi UPSR YaPEIM 2016 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 pada 30 Julai 2016. Kem anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ini telah disertai oleh calon-calon UPSR dari sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

        Melalui kem selama satu hari ini telah mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR mengikut format baharu yang bermula tahun ini.

        Walau pun penyertaan 10 orang calon dari SKPR ini memakan belanja yang agak besar namun atas kerjasama ibu bapa dan guru-guru ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sanggup menampung kos tambang feri untuk anak-anak mereka. Terima kasih juga dirakamkan kepada Cik Rozila Bt Ami, GPK Pentadbiran SKPR dan En.Rosli Bin Abdul Razak, Guru Besar SK Ladang yang sudi menumpangkan pelajar-pelajar berkenaan di rumah mereka sepanjang 3 hari.

       Diharap dengan menyertai program ini, 10 orang calon ini dapat membantu meningkatkan pencapaian keputusan UPSR pada tahun ini.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan