Rabu, 30 Mac 2016

Program Solat Berjamaah

       29 Mac - Unit dakwah SK Pulau Redang telah mengadakan program solat  berjamaah di surau sekolah. Program ini melibatkan semua pelajar Tahap 2 iaitu pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan menunaikan solat zohor, maghrib dan isyak secara berjamaah pada hari Selasa setiap minggu. Selain menunaikan solat, para pelajar diberi kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz yang bertugas.

       Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan semua pelajar SK Pulau Redang dapat menunaikan solat dengan betul serta menanamkan minat untuk solat secara berjamaah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membentuk keperibadian dan sahsiah para pelajar supaya menjadi insan yang mentaati perintah Allah sesuai dengan transformasi pendidikan negara.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan