Rabu, 20 April 2016

Program Innospace 2016

        20 April - Hari ini berlangsungnya Program Innospace 2016 anjuran Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama, Jabatan Pelajaran Terengganu, Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu dan SK Pulau Redang. Program ini diadakan selama dua hari bermula hari ini dan berakhir pada jam3.45 petang 21 April.

       Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru mengenai kepentingan sains dan teknologi dalam aspek kehidupan, di samping menanam minat, mencetus kereativiti dan memupuk budaya inovasi pelajar di dalam aktiviti dan penyelidikan berteraskan sains.

       Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini, antaranya Rocket Blast, Cerapan Langit Malam, Wind Glider Rocket Straw dan banyak lagi.































Tiada ulasan:

Catat Ulasan