Khamis, 15 Oktober 2015

Ronda-ronda dan snokeling sekitar Pulau Redang


     Sempena cuti Maal Hijrah, kami warga SKPR telah mengambil peluang untuk melakukan aktiviti meronda sekeliling Pulau Redang sambil bersnokeling. Lima lokasi telah kami singgah. Suasananya sungguh indah dengan pemandangan dasar laut yang menakjubkan. Batu-batu karang terhampar dengan pelbagai bentuk dan jenis. Ikan-ikan yang pelbagai warna dan saiz amat jinak, mengelilingi kami. Kuih donat yang kami pegang disambar ikan-ikan, seronok sungguh. Kami juga sempat mengutip beberapa ekor siput seakan-akan tudung saji kecil. Orang pulau memanggilnya Siput Lolog. Isinya boleh dimakan. Tetapi, menjadi satu kesalah jika diambil kerana siput ini adalah antara spisis yang dilindungi. Sesiapa yang ingin menikmati keindahan maritim dan merasai keseronokan bersnokeling silalah ke Pulau Redang. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan