Khamis, 5 November 2015

Selamat Datang Guru Besar Baharu


        Alhamdulillah akhirnya Guru Besar baharu telah berjaya ditempatkan di SKPR. Beliau adalah Tn. Hj. Samsor Bin Sidek, mantan guru penolong kanan pentadbiran SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Diharapkan dengan pengalam beliau dalam mengurus sebuah sekolah yang berprestasi tinggi akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan SKPR seiring dengan sekolah-sekolah lain di tanah besar.

       Dalam ucapan pertama beliau semasa perjumpaan guru-guru dan kakitangan SKPR, beliau mengharapkan kerjasama daripada semua bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Beliau ingin melihat SKPR akan menjadi sekolah yang terbaik di antara yang terbaik di Terengganu.

      Walaupun SKPR berada agak terasing dan mempunyai pelbagai kengkangan, itu bukan alasan untuk dijadikan penyebab bagi meletakkan SKPR duduk sama rendah, berdiri lebih tinggi daripada sekolah-skolah lain.

      Belaiu juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru dan kakitangan SKPR yang sanggup berkorban dan bersabar meninggalkan keluarga demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

      Kami warga SKPR berharap dengan kehadiran beliau akan memberikan semangat kepada kami untuk terus berkhidmat dengan lebih baik demi anak bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan