Ahad, 29 Mei 2016

PROGRAM JESKI 3

         Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademik NLP Malaysia telah mengadakan Program Jelajah Siswa Kembara Insan 3 (JESKI 3). Program tersebut dijalankan selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Mei 2016. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut. Antara aktivitinya adalah motivasi pelajar tahap 2, perjumpaan dengan ibu bapa, pertandingan mewarna pelajar tahap 1, melukis mural, mengecat pagar sekolah dan gotong-royong membersih kawasan sekolah.

        Majlis penutup program telah dilakukan oleh Tn.Hj. Bazlan Bin Abd Rahman, ADUN Batu Rakit.















Selasa, 10 Mei 2016

Sumbangan Zakat Dari Malaysia Airport

             Hari ini 10 May 2016, SK Pulau Redang telah menerima sumbangan zakat daripada Malaysia Airport. Majlis ringkas bertempat di Padang Terbang Redang itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Bin Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airport. Turut serta dalam majlis itu adalah pemimpin-pemimpin masyarakat  dan badan sukarela Kampung Baru Pulau Redang. Cik Rozila Bt. Ami, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Redang selaku wakil Guru Besar telah menerima sumbangan tersebut.












         

Penyerahan Bantuan Peralatan ICT

           Setelah menunggu hampir tiga tahun, akhirnya pada 21 April yang lalu SK Pulau Redang telah menerima bantuan peralatan ICT yang telah tertangguh sejak 2014. Majlis penyerahan bantuan sumbangan Exxon Mobil ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, En. Ahmad Jadid Bin Jusoh. Majlis berkenaan diadakan di Bilik Sumber SK Pulau Redang. 

        Sumbangan berupa peralatan ICT berkenaan bernilai RM17,900 adalah amat bermakna kepada warga sekolah yang selama ini kekurangan kemudahan tersebut. 






Selasa, 3 Mei 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform

        Perkhemahan Agung Unit Beruniform SK Pulau Redang telah dilaksanakan pada 21 hingga 23 April yang lalu. Perkhemahan ini bertujuan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari oleh setiap ahli semasa perjumpaan mingguan. Di samping itu, perkhemahan ini juga dapat mememberikan pengalaman kepada peserta merasai suasana perkhemahan dan meningkatkan semangat jadi diri serta bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. 

      Perkhemahan pada kali ini agak berlainan daripada sebelumnya, dimana kebanyakan aktiviti dijalankan di kawasan pantai. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya explorace dan jungle trekking ke Long Beach yang mencabar kekuatan fizikal dan mental peserta.