Khamis, 30 Jun 2016

BERBUKA BERSAMA MENGERATKAN SILATURRAHIM

         Aktivit berbuka bersama-sama oleh warga kuarters SK Pulau Redang telah diadakan petang semalam. Pelbagai juadah telah disediakan. Semoga aktiviti seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga yang jauh dari keluarga dan sanak saudara.

        Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan aktiviti yang amat bermakna ini.














 Tengoh bako kambing









 Menunggu tibanya waktu berbuka


Kuih istemewa "Kuih Dok Caya"

PROGRAM TEMU MURNI TAHUN 6

         Program temu murni bersama ibu bapa pelajar Tahun 6 telah diadakan di SK Pulau Redang. Program ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada ibu bapa akan tahap pencapaian anak-anak mereka sehingga kini di samping menerangkan tentang perancangan yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar menjelang Peperiksaan UPSR sebenar pada bulan September nanti.

         Semasa menyampaikan ucapan Tuan Haji Samsor Bin Sidek, Guru Besar telah memohon kerjasama daripada semua ibu bapa untuk turut sama membantu usaha pihak sekolah demi untuk kepentingan pendidikan anak-anak mereka.

        Tiga orang pelajar yang menunjukkan peningkatan dan mendapat A dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini telah diberikan hadiah sebagai motivasi kepada mereka dan pelajar-pelajar lain supaya ingin berusaha untuk mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan nanti.
















Rabu, 29 Jun 2016

PROGRAM IHYA' RAMADHAN : Majlis Tadarus/Khatam Al-Quran & Iftor Jama'ie

        Program Ihya' Ramadhan: Majlis Tadarus/Khatam Al-Quran dan Iftor Jama'ie peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Jun 2016 bersamaan 23 Ramadhan 1437H. Program ini bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai platform untuk mempersiapkan diri ke arah kehidupan 'abid yang lebih positif dan cemerlang di samping mendidik pelajar supaya rajin beribadah dan menghampirkan diri kepada Allah s.w.t dan membentuk keperibadian diri cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

       Antara pengisian program ini adalah bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh peserta khatam al-quran dan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim. Sumbangan yang berupa barangan keperluan harian adalah hasil kutipan derma daripada para pelajar dan guru-guru.

      Program ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Redang.