Ahad, 15 November 2015

Perhimpunan Mingguan Terakhir Sesi Persekolahan 2015

      15 Nov- Hari ini merupakan perhimpunan mingguan terakhir bagi sesi persekolahan 2015. Dalam ucapan En. Rosli Bin Abdul Razak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, telah menyampaikan beberapa pesanan kepada para pelajar agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang cuti persekolahan terutamanya dimusim tengkujuh yang sudah pun bermula. Beliau juga berharap agar para pelajar tidak melupakan akan pelajaran dengan membuat latihan dan ulangkaji. Di samping itu, beliau juga mengingatkan para pelajar supaya tidak merayau-rayau di kawasan sekolah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

      Pada perhimpunan ini juga telah diadakan acara penyampaian hadiah bagi Program Nilam, Pertandingan Kelas Idaman dan juga hadiah bagi beberapa pertandingan sempena pasca UPSR.



Penyampaian Hadiah Nilam








Penyampaian Hadiah Kelas Idaman Dan Kelas Terbersih





Penyampaian Hadiah Pasca UPSR










Khamis, 12 November 2015

Kursus Pengurusan Jenazah

      11 Nov- Panitia Pendidikan Islam SKPR telah mengadakan kursus pengurusan jenazah kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Kursus ini turut disertai oleh ibubapa pelajar. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ust. Zainuddin Bin Ariffin, manakala penceramahnya adalah En.Abu Bakar Bin Awang, imam masjid Kampung Pulau Redang dan Pn. Siti Safiah Bt. Ismail, Ketua Wanita UMNO Kg. Pulau Redang.













Rabu, 11 November 2015

Kunjungan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

     "Memperkasakan Transformasi Pendidikan" itulah antara yang disentuh oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Tn. Hj. Jelani Bin Sulung dalam pertemuan ringkas bersama-sama warga SKPR semalam. Beliau menjelaskan bahawa fokus utama MTP adalah usaha untuk menyokong dan menjayakan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Kebangsaan.

      Melalui MTP ini, 6 fokus utama telah digariskan dalam menentukan hala tuju pendidikan Negeri Terengganu. 6 fokus utama tersebut ialah :

      * Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran
      * Transformasi Kemenjadian Murid
      * Transformasi Guru
      * Transformasi Pengetua dan Guru Besar
      * Transformasi Sekolah
      * Transformasi JPNT/PPD

      Sehubungan dengan itu, beliau berharap warga SKPR dapat turut sama bersama-sama beliau dalam mengaplikasikan TPM ini.

      Sempena kunjungan beliau, satu majlis solat hajat telah diadakan di kuarters guru. Majlis ini turut melibatkan orang kampung dan juga badan-badan masyarakat Pulau Redang.















Isnin, 9 November 2015

Hari Keusahawanan

       9 November- Sempena program Pasca UPSR, satu aktiviti yang dinamakan Hari Keusahawanan telah diadakan di Dewan Flora SKPR. Aktiviti ini disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6. Mereka mengadakan pelbagai jenis jualan makanan dan minuman. Barang jualan dan gerai-gerai adalah hasil kreativiti pelajar sendiri.

       Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan kemahiran keusahawanan kepada para pelajar. Selain itu, ia juga dapat melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka pelajarai dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.














Ahad, 8 November 2015

Penyerahan Surat Perlantikan Pengawas 2016

     8 Novemeber- Majlis penyerahan surat perlantikan pengawas sesi 2016 telah diadakan dalam perhimpunan mingguan kali ini. Surat perlantikan ini melibat perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT. Pemilihan pengawas telah dibuat dalam mesyuarat khas yang telah diadakan baru-baru ini. Mereka dipilih berdasarkan kepada ketokohan mereka dalam kepimpinan, sahsiah dan juga akademik. 

     Penyerahan surat perlantikan pengawas tahun ini dibuat awal adalah bertujuan untuk memudahkan ibupaba membuat persediaan untuk membeli pakain kepada anak-anak mereka yang terpilih.

     Besarlah harapan sekolah agar mereka yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih.