Selasa, 23 Februari 2016

PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM

       23 Feb - Program Perarakan Aspresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah telah diadakan di SK Pulau Redang. Perarakan ini adalah merupakan antara usaha memperkasakan transformasi kokurikulum dalam kalangan murid negeri Terengganu. Selain itu, program ini juga adalah merupakan satu mekanisme memasyarakatkan kokurikulum serentak Memperkasakan Transformasi Pendidikan Terengganu. Selain daripada berarak, program ini diisi dengan aktiviti membersihkan kawasan masjid. Terima kasih kepada guru-guru, murid-murid dan pekerja sekolah yang terlibat menjayakan program ini.
































Ahad, 14 Februari 2016

     14 Feb - SK Pulau Redang telah dikunjungi oleh YB Tn.Haji Bazlan Bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit. Turut bersama-sama beliau ialah Yang Berbahagia Tn. Haji Jelani Bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Kunjungan beliau adalah bertujuan untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia dan Baucer Dana Bantuan Awal Persekolahan Negeri. Dalam kunjungan kali ini, beliau sempat mengadakan pertemuan dengan guru-guru. 

     Dalam ucapan beliau semasa perjumpaan tersebut, beliau mengharapkan kerjasama daripada warga sekolah untuk menaikkan prestasi SK Pulau Redang setaraf dengan sekolah-sekolah di tanah besar, malah beliau amat berbangga sekiranya SK Pulau Redang menjadi sekolah terbaik di DUN Batu Rakit. 

    Beliau juga mengambil peluang untuk bersama-sama murid-murid dalam perhimpunan mingguan.













        Bermula tahun ini, SK Pulau Redang telah menubuhkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Kumpulan ini ditubuhkan bagi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti--aktiviti sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menghias dan menceriakan kelas mengikut pembelajaran abad 21.