Isnin, 1 Februari 2016

     30 Jan- Program gotong-royong membersih kawasan sekolah telah diadakan. Program ini dijalankan sempena menyahut seruan kerajaan negeri supaya mengadakan gotong-royong secara serentak seluruh negeri. Ia bertujuan untuk membersih kawasan dan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes rentetan daripada meningkatnya kes demam denggi yang menyebabkan kematian.

     Program gotong-royong ini turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung, JKK dan badan-badan lain seperti JPAM, RELA, serta Polis Pulau Redang.

    Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program gotong-royong pada kali ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan