Rabu, 30 Mac 2016

Program Solat Berjamaah

       29 Mac - Unit dakwah SK Pulau Redang telah mengadakan program solat  berjamaah di surau sekolah. Program ini melibatkan semua pelajar Tahap 2 iaitu pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan menunaikan solat zohor, maghrib dan isyak secara berjamaah pada hari Selasa setiap minggu. Selain menunaikan solat, para pelajar diberi kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz yang bertugas.

       Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan semua pelajar SK Pulau Redang dapat menunaikan solat dengan betul serta menanamkan minat untuk solat secara berjamaah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membentuk keperibadian dan sahsiah para pelajar supaya menjadi insan yang mentaati perintah Allah sesuai dengan transformasi pendidikan negara.









Selasa, 29 Mac 2016

Mesyuarat Agung PIBG

        28 Mac - Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Redang Kali ke 20 telah diadakan di Dewan Flora SK Pulau Redang. Mesyuarat agung yang bermula jam 8.30 malam itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn. Haji Bazlan Bin Abd Rahman, Ahli undangan Negeri Batu Rakit. Turut sama dalam majlis perasmian mesyuarat agung tersebut ialah Tn. Haji Jelani Bin Sulong Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

      Dalam ucapan perasmian oleh Yang Berhormat, beliau amat berharap agar pelajar-pelajar dari Pulau Redang ini dapat menunjukkan kecemerlangan dari semua segi sama ada pelajaran mahu pun sahsiah. Belau juga telah meluluskan bantuan kewangan kepada PIBG sebanyak RM3000 untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun 2016.

      Turut berucap dalam majlis berkenaan ialah Tuan Haji Jelani bin Sulong, beliau berterima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dan mememberikan komitman yang sangat baik terhadap pendidikan anak-anak. Beliau juga merakamkan rasa terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang sanggup datang dan bertugas di Pulau Redang. Beliau juga berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah terutamanya berkenaan meja kantin dan meja pelajar yang kebanyakannya telah rosak.

     Mesyuarat Agung pada kali ini berakhir kira-kira jam 11.45 malam.




YDP PIBG En.Roki Bin Ami sedang berucap


Ucapan Perasmian oleh YB Tn.Hj. Bazlan Bin Abd Rahman
ADUN Batu Rakit


Persembahan Nasyid oleh pelajar


Ibubapa yang hadir 


Penyampaian cenderamata oleh Tn. Haji Samsor Bin Sidek
Guru Besar


Pemenang cabutan bertuah


Pengacara Majlis Cikgu Fahmi dan Cikgu Faridah


Suasana di kaunter pendaftaran







Khamis, 3 Mac 2016

KURSUS PENATARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21

          2 Mac - Kursus Penataran Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 telah diadakan di SK Pulau Redang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21 kepada guru-guru selaras dengan kehendak Transformasi Pendidikan.

          Seramai dua orang fasilitator telah dijemput untuk mengendalikan kursus berkenaan. Mereka terdiri daripada SISC+ dan SIP+ dari Pejabat Pelajaran Kuala Terengganu, iaitu Pn.Hajah Laily Bt. Husin dan Pn.Dahlia Bt. Embong.

          Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi petang bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang manakala sesi kedua bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

          Selain daripada mengendalikan kursus, mereka juga turut membantu dan membimbing guru dalam mengaplikasikan pengajaran dan pengajaran abad 21 ketika sesi pengajaran dan pengajaran dalam kelas.




















Rabu, 2 Mac 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

          2 Mac - Badan Pengawas Dan Disiplin telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2016. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran kepimpinan kepada semua pengawas sekolah termasuk pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas SPBT. Selain itu, kem ini juga bermatlamat untuk membentuk jati diri pengawas agar dapat menjadi pemimpin yang berdaya tahan dan berdisiplin serta berketrampilan.

          Kem Kepimpinan kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan polis Pulau Redang. Seramai 4 orang anggota telah terlibat secara sukarela.

          Pihak sekolah amat berterima kasih kepada anggota yang terlibat serta ketua balai, Balai Polis Pulau Redang yang sentiasa memberi bantuan dan kerjasama kepada sekolah dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan.










Selasa, 1 Mac 2016

MAJLIS AKU JANJI MURID DAN KOLABURASI IBUBAPA DAN PELAJAR TAHUN 6

        Isnin 29 Feb - Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Aku Janji Murid Dan Kolaborasi Ibubapa Dan Pelajar Tahun 6. Selain daripada acara lafaz ikar aku janji oleh para pelajar, majlis ini juga diisi dengan acara menjawab soalan ujian mata pelajaran Matematik Kertas 2 oleh pelajar bersama-sama ibubapa. Matlamat acara ini adalah untuk memberi peluang kepada ibubapa mengetahui bentuk dan format terbaru peperiksaan UPSR yang bakal dijalani oleh anak-anak mereka nanti.

        Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada ibubapa yang hadir, mereka amat seronok serta mencadangkan agar acara ini dapat diteruskan bagi mata pelajaran yang lain pula.

        Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibubapa dan guru-guru serta semua yang terlibat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.