Ahad, 31 Julai 2016

KEM INSPIRASI UPSR YaPEIM 2016

        10 orang pelajar Tahun 6 SKPR telah dihantar untuk mengikuti Kem Inspirasi UPSR YaPEIM 2016 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 pada 30 Julai 2016. Kem anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ini telah disertai oleh calon-calon UPSR dari sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

        Melalui kem selama satu hari ini telah mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR mengikut format baharu yang bermula tahun ini.

        Walau pun penyertaan 10 orang calon dari SKPR ini memakan belanja yang agak besar namun atas kerjasama ibu bapa dan guru-guru ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sanggup menampung kos tambang feri untuk anak-anak mereka. Terima kasih juga dirakamkan kepada Cik Rozila Bt Ami, GPK Pentadbiran SKPR dan En.Rosli Bin Abdul Razak, Guru Besar SK Ladang yang sudi menumpangkan pelajar-pelajar berkenaan di rumah mereka sepanjang 3 hari.

       Diharap dengan menyertai program ini, 10 orang calon ini dapat membantu meningkatkan pencapaian keputusan UPSR pada tahun ini.















Rabu, 27 Julai 2016

MAJLIS PELANCARAN LINUS 2.0 T-CARE

       Majlis Pelancaran LINUS 2.0 T-CARE peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Julai 2016 lalu. Majlis pelancaran berkenaan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Samsor Bin Sidek, Guru Besar SK Pulau Redang.

       LINUS T-CARE 2.0 adalah satu intervensi yang diperkenalkan oleh JPNT untuk memperkasakan Program LINUS 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk membolehkan semua guru di sekolah membantu proses intervensi murid tahun 3 yang belum menguasai konstruk 1 hingga 12 dalam Program LINUS 2.0. Selain itu, ia bertujuan agar program intervensi yang dilaksanakan menjadi lebih sistematik dan berfokus dengan menggunakan bahan yang bersesuaian dalam menangani masalah 3M di kalangan murid Linus.

      Seramai 13 orang pelajar Tahun 3 telah terlibat dalam program ini.




















Ahad, 17 Julai 2016

Ziarah Keluarga Mangsa Hilang Di Laut

        Pengurusan sekolah bersama beberapa orang guru telah melakukan ziarah ke rumah En Baharuddin. Bapa kepada salah seorang pelajar Tahun 6 tersebut telah hilang di laut ketika keluar menangkap ikan pada minggu lepas dan masih belum dijumpai sehingga kini. Di samping mengadakan ziarah, sedikit sumbangan telah diserahkan kepada isteri mangsa. Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan derma daripada pelajar dan guru-guru. Ziarah dan sumbangan berkenaan adalah untuk menyatakan keperihatinan warga sekolah kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang dihadapi.










Khamis, 14 Julai 2016

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2016

        14 Julai - Majlis sambutan hari raya telah diadakan. Majlis secara sederhana tersebut dimulakan dengan bacaan yasin, kemudian diikuti dengan laungan takbir hari raya. Beberapa aktiviti murid dan guru turut diadakan bagi memeriahkan majlis.






































SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

         Petang semalam, 13 JULAI 2016 - Program solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan di Dewan Flora SK Pulau Redang. Program ini sempena peperiksaan percubaan upsr yang akan dihadapi oleh calon pada 18 Julai ini. Program ini disertai oleh ibu bapa calon dan semua guru serta pelajar-pelajar Tahun 6. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memohon hajat daripada Allah s.w.t agar bapa pelajar Tahun 6 yang telah hilang di laut ketika menangkap ikan pada minggu lepas dapat ditemuai.

         Salah seorang ibu kepada pelajar telah sudi menyumbangkan juadah sempena program ini.